Upin Ipin JENG JENG JENG akan di tayangkan pada 24 November 2016, saya sangat gembira kerana berpeluang menghadiri Sneak Peek sehari sebelum tayangan di pawagam.
Animasi Upin dan Ipin kegemaran anak saya mahupun ibu bapa mengetahui siapa itu Upin dan Ipin.
Bermula dengan 10 tahun yang lalu, Upin Ipin kini telah melebarkan sayapnya dengan permintaan ke pelbagai negara di seluruh dunia sehinggakan proses alih suara berlaku. Sebelum ini, filem ‘Geng Pengembaraan Bermula’ ditayangkan pada tahun 2009.
Sinopsis Filem Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng!
Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng! mengisahkan kehidupan seorang anak yatim bernama Balqis. Dia sangat meminati watak animasi kembar popular Upin & Ipin. Suatu hari, seorang lelaki bernama Zaman telah datang ke rumah anak yatim tempat tinggal Balqis. Melalui perbualan Zaman dengan Noreen, Balqis terdengar bahawa Rumah Anak Yatim tersebut hendak diambil alih kembali oleh Zaman yang merupakan anak kepada pemilik tanah tersebut.
Balqis mula berbincang dengan rakan-rakannya untuk menyelamatkan Rumah Anak Yatim tersebut. Dia telah meminta bantuan daripada Upin & Ipin, tanpa disangkai Upin & Ipin benar-benar muncul di hadapannya.
Jeng Jeng Jeng Upin & Ipin muncul
Walaupun begitu, kawan-kawannya tidak dapat melihat Upin & Ipin. Pada masa yang sama, Awie penyanyi rock terkenal suatu ketika dahulu turut mengalami masalah kewangan. Dia tidak lagi popular dan sedang mencari peluang untuk menghasilkan album terbarunya bagi mendapatkan pendapatan.
Awie dengan pembantunya Bo terserempak dengan Balqis yang sedang kecewa setelah bergaduh dengan Noreen. Atas pujukan dari Upin & Ipin, Balqis bersetuju untuk pulang ke rumah namun dia masih tidak berbaik dengan Noreen.
7 Sebab Menarik Perlu Tonton Filem Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng
1. Filem ini diarahkan oleh Erma Fatima bersama-sama dengan Hajah Ainon dan dibintangi oleh Asyiela Putri (Upin & Ipin), Puteri Balqis, Awie, Sara Ali, Gambit Saifullah dan Remy Ishak.
2. Kos penerbitan keseluruhan filem ini dianggarkan mencecah RM4 juta dan sebahagian dari kos ini turut dibiayai oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) iaitu di bawah Dana Kesan Khas (CGI).
Menteri Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia
iaitu YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek.
3. “Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng!” merupakan filem Malaysia pertama yang menggabungkan teknik animasi 3D dan lakonan hidup.
4. Dato’ Aliff Syukri yang juga meneraju syarikat D’Herbs Holdings, mengeluarkan produk keluarannya, Jus Pintar dan Syampu Kanak-Kanak.
5. Muzik video lagu rasmi adalah “Jeng, Jeng, Jeng!” nyanyian Yubi Band bersama Upin dan Ipin (Asyiela Puteri).
6. Proses penggambaran semula pernah dilakukan kerana filem ini mempunyai kriteria dan piawainya tersendiri.
7. Teaser selepas kredit tayangan filem adalah sesuatu yang cukup mengujakan. Anda mesti lihat!
Jeng jeng jeng, jom bawa anak-anak dan keluarga bersama-sama menonton filem animasi dan lakonan yang ditunggu-tunggu pada cuti sekolah nanti. betul betul betul, best
Lirik Lagu Jeng, Jeng, Jeng! Yubi Band feat Upin & Ipin , jom kita nyanyi dan menari bersama-sama.
Jeng, jeng, jeng…
Jeng, jeng, jeng…
Jeng, jeng, jeng…
Jeng, jeng, jeng…
Musim baru bermula kini
Hidup aku menyumbang bakti
Untuk insan yang memohon bakti
Moga usaha aku diberkati
Tak kaya takpa, janji aku happy
Tak kaya takpa, janji aku happy
Jeng, jeng, jeng…
Jeng, jeng, jeng…
Ooo…
Bersatu kita teguh
Kalau bercerai kita roboh
Yakinkan dirimu
Semua pasti kan terjadi
Whoa, whoa, whoa, whoa…
Whoa, whoa…
Jeng, jeng, jeng…
Bersatu kita teguh
Kalau bercerai kita roboh
Jeng, jeng, jeng…
Jeng, jeng, jeng…
Dulu aku gah, kini aku melatah
Mungkin usia dan selera berubah
Atau ku yang masih di takuk lama
Sampai masa, ku pasti jadi tua
Tak kaya takpa, janji aku happy
(Betul, betul, betul!)
Tak kaya takpa, janji aku happy
Aku happy, yeah yeah…
Bersatu kita teguh
Kalau bercerai kita roboh
Yakinkan dirimu
Semua pasti kan terjadi
Whoa, whoa, whoa, whoa…
Whoa, whoa…
Jeng, jeng, jeng…
Bersatu kita teguh
Kalau bercerai kita roboh
Whoa, whoa, whoa, whoa…
Whoa, whoa, whoa, whoa…
Whoa, whoa, whoa, whoa…
Whoa, whoa…
Bersatu kita teguh
Kalau bercerai kita roboh
Yakinkan dirimu
Semua pasti kan terjadi
Whoa, whoa, whoa, whoa…
Whoa, whoa…
Jeng, jeng, jeng…
Bersatu kita teguh
Kalau bercerai kita roboh
Jeng, jeng, jeng!
No comments:
Post a Comment