Saturday 30 July 2016

Johor Trip Part 1 : Majlis Pelancaran Karnival DesaStay @ Kg Parit Tengah Batu Pahat Johor

Saya sangat gembira mendapat jemputan untuk menghadiri Majilis Perasmian Karnival DesaStay bersama YAB Menteri Besar Johor. Program 2 hari 1 malam 30 & 31 Julai 2016 untuk Xplore Johor.

30 Julai 2016 (Sabtu) 
7.00am : Kami berkumpul di Matic Jalan Ampang

8.00am : Bersarapan pagi, Nasi Lemak Sotong dan Kopi 

9.00am : Bertolak menuju ke Homestay Kg. Parit Tengah, Batu Pahat.

1.00 pm - Sudah sampai DesaStay Johor - Kampung Parit Bugis

1.30pm - Makan tengah hari @ Kampung Parit Tengah, Batu Pahat 
(Tradisional Johore Food)

2.50pm - Arrival of YB Datuk Tee Siew Kiong dan YAB Dato' Mohamed Khaled bin Nordin

Yeah, saya dapat berjabat tangan dengan YAB Dato' Mohamed Khaled bin Nordin, 
Menteri Besar Johor 

3.00pm - Ucapan daripada Y.B. Datuk Tee Siew Kiong 
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan & Kepenggunaan Negeri Johor

3.20pm - Ucapan daripada Y.A.B Dato' Mohamed Khaled Bin Nordin
Menteri Besar Johor

3.30pm - Majlis Perasmian Karnival Desa Stay bersama YAB Menteri Besar Johor.

"Homestay" adalah merupakan satu bentuk pengalaman di mana pelancong tinggal bersama keluarga tuan rumah penguasa homestay yang telah berdaftar dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. 
3.40pm - Berlepas ke Teratak Selari Bonda

"Desastay" pula merupakan salah satu produk pelancongan yang berpotensi di kawasan luar bandar. Program ini bertujuan untuk meningkatkan penyertaan masyarakat luar bandar di dalam sektor pelancongan. Pakej-pekej akan disediakan di mana ianya terdiri daripada pakej 1/2 hari, 1 hari atau 2 hari 1 malam dan seterusnya.

3.45 - YAB menteri besar menandatangani Posbox148 Teratak Selari Bonda

Program "DesaStay" merupakan satu bentuk pengalaman di mana para pelancong akan merasai sendiri dan melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan dan disediakan oleh penduduk-penduduk kampung tersebut. Saya sangat gembira dapat merasai pengalaman di desa dengan menaiki motor yang di bawa oleh penduduk kampung ke Teratak Selari Bonda, seronok sangat sudah lama tak naik motor. 
Inap Desa Teratak Selari Bonda

Tourism Johor telah membuat tinjauan ke kampung-kampung di dalam daerah-daerah di negeri Johor dan telah mengenalpasti sebanyak 31 buah kampung berpotensi untuk dijadikan 'DesaStay' yang terdiri daripada masyarakat Melayu, Cina dan India.


'Guest House' adalah merupakan satu cadangan bentuk kemudahan tempat tinggal selain daripada program Homestay dan DesaStay. Ianya terdiri daripada rumah kediaman atau bilik-bilik yang terdapat di taman-taman perumahan atau kondominium dan pangsapuri.


Pemilik berhasrat menyewakan rumah atau bilik mereka untuk tempoh masa yang singkat seperti 2 hari 1 malam, 3 hari 2 malam dan seterusnya dengan jumlah bayaran yang ditetapkan.


Penginapan seumpama ini menjadi pilihan kerana boleh menampung sesebuah keluarga atau kumpulan dengan bayaran yang lebih murah berbanding hotel.


Selain itu juga jika sekiranya tiada kemudahan hotel di kawasan tersebut. Penginapan seperti ini bukan sahaja menjadi pilihan pelancong tempatan malahan pelancong dari luar negara juga.


Antara tujuan cadangan mewujudkan Program 'DesaStay' di seluruh negeri Johor adalah sebagaimana berikut :-
  1. Memperkembangkan 'Hospitality Industry' dan mempertingkatkan industri pelancongan di negeri Johor.
  2. Memperlbagaikan bentuk kemudahan penginapan kepada para pelancong khususnya kepada 'Budget Travellers'
  3. Memperkenalkan cara hidup dan kebudayaan masyarakat setempat.
  4. Mewujudkan peluang perniagaan kepada komuniti setempat serta meningkatkan ekonomi mereka secara tidak langsung.



PENYERTAAN DesaStay


Inap Desa Teratak Selari Bonda

DesaStay Kg Parit Bugis
Haji Saifudin Bin Haji Mohd Kadak - 013-7744244
Email : kg.pt.bugis@gmail.com

DesaStay Kg Sri Paya
Haji Ahmad Bin Mohamed - 019-7007008
Email : hjahmadkgsripaya@gmail.com
Saya dah try Otak-Otak sedap sangat

DesaStay Kg Temenin Baru
Haji Zainoh Bin Musa - 012-7530657
Email : zainoh611@gmail.com

DesaStay KEJORA
En. Noorsaifulizuan Bin Nordin - 013-2748340 / 07-8843097/3100
Email : saifulizuan@kejora.gov.my

 DesaStay Agro Pelancongan Pekan Nanas, Pontian
Tuan Haji Selamat Bin Osman - 019-7710909

 DesaStay Tanjung Piai
En. Abd Rahim Bin Abd Samad - 016-3310949
Email : abdrahim_kapten@yahoo.com

 DesaStay Kg. Dato' Ibrahim Majid, Simpang Renggam
En. Amran Bin Hassan Tok Osman - Ketua Kampung - 014-3864496/019-7751213

 DesaStay Kg. Sawah Ring
Tuan Haji Wasmin Bin Ab. Fatah - Ketua Kampung - 017-6925169
Email : kgsawahring@gmail.com

 DesaStay Sinaran Baru
Puan Norbi Binti Ahmad - 012-7149871
Email : norbiahmad52@gmail.com

  DesaStay Kg. Sungai Melayu
Puan Sharifah binti Mohd Shah - 019-7045904






7 comments:

  1. DesaStay looks comfortable. Good to promote tourism in Malaysia.

    ReplyDelete
  2. I want to try for Desa Stay too. To understand the cultural of our country.

    ReplyDelete
  3. I want to try for Desa Stay too. To understand the cultural of our country.

    ReplyDelete
  4. Kadang-kadang, suasana tinggal di desa dan kampung, lebih dekat dengan hati kita...kannn?

    ReplyDelete
  5. I would love to try the stay at desastay. Looks very different.

    ReplyDelete
  6. Wow ! looks like you have enjoy in the trip ~ I would like to experience the kampung stay ~ seem like very relax !

    ReplyDelete
  7. Seem you enjoy the trip a lot! I like the desastay. =)

    ReplyDelete